Jika ada sepuluh orang yang mengambil berat terhadapmu, maka sudah pasti salah seorang daripada mereka adalah aku. Jika hanya seorang saja yang mengambil berat terhadapmu, maka sudah tentulah orang itu adalah aku. Dan jika tiada sesiapa lagi yang mahu mengambil berat terhadapmu lagi, maka itu bermakna aku sudah tiada lagi di dunia ini.

Thursday, April 21, 2011

Kekejaman Israel-Palestine

Khas Untuk Renungan Kita Bersama Mengenai Kekejaman Israel. Bagaimanakah anak didik Amerika ini boleh buat sesuka hati. Bagaimana perasaan kita apabila kita berada dalam situasi ini? Bagaimana dunia, Umat Islam seluruhnya boleh berdiam diri sedangkan kezaliman berlaku dihadapan kita?
Tak rasa berdosakah kita. Saya melihat sampai menitis air mata mengenangkan pembunuhan tanpa perikemanusiaan berlaku. PBB hanyalah boneka dunia tidak mampu berbuat apa-apa. Layakkah kita digelar umat Islam @ umat Muhammad s.a.w. Sekarang tanah bumi palestine hanya tinggal 20% sahaja drp 80% telah dijajah oleh Israel.

Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara



Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu : * Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat. * Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat. * Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran. * Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan. * Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu). * Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.